Jumaat, 8 Mei 2009

Salafi Inikah Ancaman Dakwah?


Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.( Surah An-Nisa ayat 59).

Apa itu Salafi?

 Manhaj Salaf bukanlah suatu rekaan(dongengan) yang diada-adakan oleh penghulu umat ini. Ia tertulis dalam Al-Quran,hadis-hadis sahih dan didalam syair-syair arab. Manhaj salaf adalah metodologi yang benar-benar dapat menyelamatkan akidah ,ibadah dan akhlak umat Islam sejak zaman awal para sahabat sehinggalah ke akhir zaman. Kerana sesungguhnya manhaj salaf adalah manhaj yang dititi, dipegang dan digigit dengan gigi gerahamoleh para sahabat,tabi’in,tabi’ut at tabi’in serta mereka-mereka yang mengikuti jalan Rasulullah saw. Oleh itu ia wajib dipelajari,diketahui,difahami,dibela(disokong) dan menjadi mazhab setiap orang-orang yang beriman kepada agama Islam.

 Dengan memahami manhaj ini,seseorang dapat melaksanakan kewajipan yang disyariatkan dengan sempurna. Manhaj salaf mengajar umat bagaimana meninggalkan segala larangan,mengamalkan segala suruhan, mengikut contoh tauladan, mengikut contoh tauladan serta memahami pemahaman sebaik-baik insan dan umat yang telah dilahirkan kedunia. Hanya manhaj ini yang dapat menyelamatkan akidah,ibadah dan akhlak seseorang dri segala jenis bid’ah,khurafat,tahayul,dan kesyirikan yang menyesatkan.

 Tiada jalan dan cara yang paling selamat dan efisien untuk menyelamatkan umat,kecuali setelah mereka meyedari akan kebenaran dan selamatnya manhaj yang telah dijamin oleh Allah swt sebagai sebaik-baik manhaj. Ini telah dikhabarkan dalam firmanNya dan juga didalam hadith Nabi-Nya saw.

 Manhaj Salaf telah dipelihara oleh wahyu dengan terpeliharanya Al-Quran dan Sunnah dan hadith-hadith yang sahih. Telah diamalkan dan dijaga rapi terutamanya generasi sahabat yang telah diredhai dan dimuliakan oleh Allah swt. Manhaj salaf adalah warisan nabi Muhammad s.a.w kepada generasi yang temulia dikalangan umat manusia yang berada di dunia ini. Oleh yang demikian sewajarnya diingat bahawa setiap muslim perlu ada tiga dasar pada diri mereka agar menjadi Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj salaf yang sebenar iaitu:

 Pertama

Berpegang kepada kitab suci al-Quran sebagai Kitabullah yang berisi dalil-dalil qati’I dan hujah-hujah tauqifi.

 Kedua

Berpegang teguh kepada al-Hadis yang sahih setelah Al-Quran kerana ia adalah sunnah Rasulullah. Iaitu menyerah dan berpegang secara mutlak  kepada nas-nas Al-Quran dan as-Sunnah.Sama sekali tidak menolaknya. Tidak melaga-lagakan satu pihak dengan yang lain. Tidak menyangkal dengan akal sebagaimana perbuatan muktazilah dengan perasaan sebagaimana Ahli Ahwa(Ahli Hawa Nafsu atau Ahli Bid’ah),dengan mimpi sebagaimana ahli sufi dan tarikat atau dengan ilham sebagaimana ahli falsafah. Dan tidak ada yang diutama dan didahulukan setelah adanya nas-AlQuran dan as-Sunnah.

 Ketiga

Berjalan(mengikut) atau bermanhaj Salaf-as-Soleh dengan cara menyandarkan pemahamannya sama ada dalam persoalan akidah ,ibadah, muamalah, dan akhlak secara berdisiplin dan utuh. Dan semuanya ini melalui bertalaqi(belajar dengan berguru,bukan semata-mata melalui buku dan menelaah kitab semata.

 Sesiapa sahaja boleh mengaku sebagai Ahli Sunnah wal-Jamaah tetapi ianya benar-benar meniti jalan yang hak dan sempurna apabila berpegang kepada bahagian yang ketiga iaitu kembali kepada manhaj Salaf-As Soleh. Kerana manhaj ini selain dapat menyelamatkan iktiqad,amalandan akhlak makaia juga mampu menyatukan umat dalam satu ikatan Al-Jamah.

 Manhaj Salaf akan menyelamatkan pengikutnya dari perpecahan yang berpunca berintima’(menasabkan diri )kepada individu ,kumpulan,golongan, atau berbagai hizbi(kelompok perpecahan).

 Bukan di kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada ‘asabiyyah, bukan sesiapa yang berperang atas ‘asabiyyah, dan bukan di kalangan kami sesiapa yang mati atas ‘asabiyyah. -- HR. Abu Daud


 

0 ulasan:

  © Blogger template 'Soft' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP