Isnin, 27 Julai 2009

Kerana Apa Kita Mengajar

Kerana Apa Kita Mengajar?

Mengajar dalam erti kata mudah kita memandang tugasnya adalah sebagai seorang guru,pensyarah,ustaz atau ustazah.Tidak kurang juga yang mengajar tuisyen dan sebagainya. Dalam agama sendiri tugas sebagai seoang pengajar sangat dipandang mulia.

Kerana tugasnya adalah menyampaikan ilmu.Apabila ilmu yang disampaikan berguna dan lahir dari hati yang hanif,maka sampailah ilmu itu pada yang mendengarnya.

Pngajar akan terus lahir jika hati-hati manusia sentiasa dahagakan ilmu. Sentiasa ingin berdaya maju walau jenis ilmu apa pun.Kerana lahirnya kita diatas muka bumi ini pun tanggungjawab utamanya adalah menyampaikan ilmu. Yang bezanya diiktiraf atau tidak,dibayar atau tidak.

Alhadulillah,dalam dunia yang sentiasa mengejar wang,masih ada insan-insan yang menafkahkan dirinya demi agama. Kerana sayangkan saudara seislamnya.Mengorbankan masa,penat lelah dan keletihan demi menyampaikan ilmu pada semua. Inilah hati yang ikhlas,yang sedar bahawa manusia itu tidak hidup keseorangan dan kejahilan sama sekali tidak boleh dibiarkan.

Solat,puasa,semuanya tidak berguna tanpa ilmu.Mengenal para rasul dan nabi juga mesti dengan ilmu.Mengenal Allah,Pencipta dan Pentadbir Aam ini juga pasti dengan ilmu. Kebatilan dan kebenaran juga hanya boleh dikenal dengan ilmu.

Pada dunia akhir zaman ini,kebanyakannya adalah ilmu untuk menguasai dunia.Jarang sekali yang sudikan hati mencari ilmu untuk menyucikan jiwa,untuk memperbaiki akidah,untuk menilai semula ibadah yang dibuat.Jarang sekali.

Jika adapun institusi yang menawarkan ilmu agama,kebanyakan mengejar nilai ringgit semata. Tidak kisah la samada dperingkat menengah atau pun rendah.Ibu bapa mengharap pada ustaz ustazah disekolah agama untuk belajar.Besar harapan mereka agar anak mereka lebih mengenal dunia yang penuh tipu daya ini.

Tetapi malangnya,segelintir ustaz ustazah pula yang bermasalah.Apabila setiap hari datang mengajar,gaji pula disediakan,niat dihati hanya ingin menghabiskan silibus. Menyampaikan ilmu tanpa ada rasa ada keinginan hati agar ilmu itu bermanfaat dan boleh diamalkan.Bacaan Al-Quran hanya sekadar ingat,salah tajwidnya dibiarkan pula.Panjang pendek tidak dipedulikan.Yang penting baca.

Sangat kecewa.Buku berjilid-jilid habis tetapi tiada satu pun yang boleh membentuk peribadi soleh. Mengajar kerana gaji bukan kerana ingin menyampaikan.

Jika menyedari setiap alur kehidupan sebagai amanah,maka setiap detik kita mengajar pasti dengan jiwa yang mengharap keredhaan Allah.Mengajar agama apatah lagi.Kita memegang amanah masyarakat diluar agar generasi pewaris mampu memperolehi ilmu yang tidak dapat ibu bapa sampaikan sendiri.

Inilah relung hati setiap ibu bapa yang inginkan anak soleh.Kita sendiri juga mempunyai anak seketika nanti,maka balasan akan balasan akan menimpa pada anak kita juga.

Moga sama-sama kita menyucikan hati,mengikhlaskan niat akan tujuan kita mengajar.

  © Blogger template 'Soft' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP