Isnin, 27 Julai 2009

Kerana Apa Kita Mengajar

Kerana Apa Kita Mengajar?

Mengajar dalam erti kata mudah kita memandang tugasnya adalah sebagai seorang guru,pensyarah,ustaz atau ustazah.Tidak kurang juga yang mengajar tuisyen dan sebagainya. Dalam agama sendiri tugas sebagai seoang pengajar sangat dipandang mulia.

Kerana tugasnya adalah menyampaikan ilmu.Apabila ilmu yang disampaikan berguna dan lahir dari hati yang hanif,maka sampailah ilmu itu pada yang mendengarnya.

Pngajar akan terus lahir jika hati-hati manusia sentiasa dahagakan ilmu. Sentiasa ingin berdaya maju walau jenis ilmu apa pun.Kerana lahirnya kita diatas muka bumi ini pun tanggungjawab utamanya adalah menyampaikan ilmu. Yang bezanya diiktiraf atau tidak,dibayar atau tidak.

Alhadulillah,dalam dunia yang sentiasa mengejar wang,masih ada insan-insan yang menafkahkan dirinya demi agama. Kerana sayangkan saudara seislamnya.Mengorbankan masa,penat lelah dan keletihan demi menyampaikan ilmu pada semua. Inilah hati yang ikhlas,yang sedar bahawa manusia itu tidak hidup keseorangan dan kejahilan sama sekali tidak boleh dibiarkan.

Solat,puasa,semuanya tidak berguna tanpa ilmu.Mengenal para rasul dan nabi juga mesti dengan ilmu.Mengenal Allah,Pencipta dan Pentadbir Aam ini juga pasti dengan ilmu. Kebatilan dan kebenaran juga hanya boleh dikenal dengan ilmu.

Pada dunia akhir zaman ini,kebanyakannya adalah ilmu untuk menguasai dunia.Jarang sekali yang sudikan hati mencari ilmu untuk menyucikan jiwa,untuk memperbaiki akidah,untuk menilai semula ibadah yang dibuat.Jarang sekali.

Jika adapun institusi yang menawarkan ilmu agama,kebanyakan mengejar nilai ringgit semata. Tidak kisah la samada dperingkat menengah atau pun rendah.Ibu bapa mengharap pada ustaz ustazah disekolah agama untuk belajar.Besar harapan mereka agar anak mereka lebih mengenal dunia yang penuh tipu daya ini.

Tetapi malangnya,segelintir ustaz ustazah pula yang bermasalah.Apabila setiap hari datang mengajar,gaji pula disediakan,niat dihati hanya ingin menghabiskan silibus. Menyampaikan ilmu tanpa ada rasa ada keinginan hati agar ilmu itu bermanfaat dan boleh diamalkan.Bacaan Al-Quran hanya sekadar ingat,salah tajwidnya dibiarkan pula.Panjang pendek tidak dipedulikan.Yang penting baca.

Sangat kecewa.Buku berjilid-jilid habis tetapi tiada satu pun yang boleh membentuk peribadi soleh. Mengajar kerana gaji bukan kerana ingin menyampaikan.

Jika menyedari setiap alur kehidupan sebagai amanah,maka setiap detik kita mengajar pasti dengan jiwa yang mengharap keredhaan Allah.Mengajar agama apatah lagi.Kita memegang amanah masyarakat diluar agar generasi pewaris mampu memperolehi ilmu yang tidak dapat ibu bapa sampaikan sendiri.

Inilah relung hati setiap ibu bapa yang inginkan anak soleh.Kita sendiri juga mempunyai anak seketika nanti,maka balasan akan balasan akan menimpa pada anak kita juga.

Moga sama-sama kita menyucikan hati,mengikhlaskan niat akan tujuan kita mengajar.

Isnin, 22 Jun 2009

Pernikahan


Selamat Pengantin Baru, Syuhada & Nasa

Buat dua saudara-saudaraku yang kita saling bertaut hati kerana akidah, Syuhada dan Nasa.

Moga terlimpah keberkatan ALLAH ke atas kalian. Moga ALLAh mengumpulkan kalian di dalam keberkatan.

Tahniah atas pernikahan kalian..! Gembira sekali diri ini dapat bersama menyaksikan perjanjian besar yang kalian ikat bersaksikan ALLAH.

Menitis air mata. Terasa di hati, ini bukan jalinan main-main. Pernikahan yang kita bangunkan akan satu persatu dipersoal di hadapannya kelak. Amanah-amanah berat di dalamnya.

Kalian kata kalian ikhlas mencintai keranaNYA… keiklasan itu akan teruji, insyaALLAH.

Kalian kata kalian ingin menjadikan rumahtangga ini seperti yang ditunjuki nabi, keinginan kalian akan teruji, insyaALLAH.

Bukan diriku yang memberi ujian, pastinya ujian itu dari ALLAH. Sekadar berkongsi pengalaman diri dan orang lain.

Teruslah melangkah,…banyakkan usaha, banyakkan doa, banyakkan komunikasi+sabar+syukur, jangan lupa banyakkan senyum…J

Ps: Syukran,alhamdulillah atas segala doa.

Moga diberkahi.

Sabtu, 9 Mei 2009

Syahid Kerana Menahan Cinta



Hadith tersebut adalah :

1. "Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian menjemputnya, maka dia adalah seorang mati syahid." 
(Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami dan lain-lain)

 2. " Sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar hingga meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang syahid."

 Ada 2 matan yg popular: 

1) من عشق فعف فمات فهو شهيد

2)  من عشق فعف وكتم وصبر ثم مات كان شهيدا

Takhrij ringkas:

Dikeluarkan al-Hakim dalam ''Tarikh Naisabur'', al-Khatib dalam ''Tarikh Baghdad'', dan Ibn 'Asakir dalam ''Tarikh Dmsyik'' dari jalan Ibn Abbas, juga dikeluarkan oleh al-Khatib dari jalan 'Aishah. [rujuk  الدرر المنتثرة في الأحاديث المشتهرة, , al-Suyuthi, 1/18, تخريج أحاديث الإحياء, al-Iraqi, 5/489]

 


Status hadith


Hadith ini adalah tidak sahih di-'ilal-kan oleh jamaah ahli ilmu spt ad-Daraquthni, Ibn Hibban, al-Baihaqi, Ibn Hajar, al-Subki, Ibn Taimiah, Ibn Qayyim, al-Albani, dan lain-lain.

 Ada ulama yang menilai hadith diatas adalah lemah dan ada yang menilai sebagai palsu. Al-Albani, Ibn Qayyim antara yg menyatakan hadith ni palsu.


 Fiqh al-Hadith:



Hadith ini adalah tidak thabit sebagai kata-kata Nabi, bahkan kata Ibn Qayyim ia palsu.

Ini kerana apabila kita jatuh hati kepada seseorang,kita dianjurkan untuk berusaha mendapatkannya menggunakan syariat Islam yakni menikah.Cara yang harus diambil adalah meminang.



 Sumber:


http://www.al-fikrah.net/ForumsPro/viewtopic/t=4700.html



www.ahlalhdeeth.com/vb...ostcount=3 



www.ahlalhdeeth.com/vb...stcount=12

Jumaat, 8 Mei 2009

Cara Mengangkat Tangan dalam Berdoa



1.Ibnu Abbas berpendapat bahwa cara mengangkat tangan dalam berdoa adalah dengan mengangkat kedua tangan hingga sejajar kedua pundak dan beristighfar dengan berisyarat satu jari.(Seperti dalam khutbah Jumaat khatib berdoa dan minta ampun kepada Allah dengan satu sebagaimana dicontohkan oleh Rasulullah dan para sahabat ,bukan dengan mengangkat dengan kedua tangan-Lihat shahih Muslim no874(53)).

Adapun ibtihal iaitu(istighatsah) mengangkat kedua tangan tinggi-tinggi.(HR Abu Daud)

 Imam al-Qasim b Muhammad berkata: " Aku melihat Ibnu Umar berdoa di al-Qashi,beliau mengangkat kedua tangannya hingga sejajar dengan kedua pundaknya dan kedua telapak tangannya dihadapkan kerah wajahnya.(Fatul Bari)

Adapun doa Istiqa'(meminta hujan) dengan mengangkat tangan tinggi-tinggi dan mengarahkan pungguk telapak tangan ke langit. Dari Anas radiallahuan bahwa beliau melihat Nabi berdoa saat Istiqa' dengan mengangkat tangan tinggi-tinggi ,mengarahkan punggung telapak tangan ke langit,dan mengarahkan tangan sebelah dalam ke arah bumi hingga terlihat putih kedua ketiak beliau.(HR Abu Dawud)

Tentang Mengusap Muka 

Tidak ada satu pun hadith yang sahih tentang mengusap muka dengan kedua telapak tangan setelah berdoa.Semua hadisnya sangat lemah dan tidak bisa dijadikan sebagai hujjah(dalil). Jadi tidak boleh dijadikan alasan tentang bolehnya mengusap muka.

Kerana tidak ada contohnya dari Rasulullah saw,maka mengamalkannya adalah Bid'ah.

Begitu juga tidak ada satu pun riwayat yang sahih dari Nabi saw dan tidak juga para sahabat tentang mengusap muka sesudah qunut Nazilah(Qunut ketika musibah besar dan ini dilakukan bersama kaum muslimin)

Syaikh Islam Ibnu Taimiyah berkata: Adapun tentang Nabi menganngkat kedua tangannya sewaktu berdoa,maka sesunggunya telah diriwayatkan hadith-hadith yang sahih lagi banyak(jumlahnya). Sedangkan tentang mengusap muka,tidak ada satu pun hadith yang sahih.Ada satu atau dua hadith,tetapi tidak dapat dijadikan hujjah.(Majmuu' Fataawa Ibnu Taimiyah)

Imam al-"Izz bAbdissalam berkata"Tidak ada yang melakukannya(mengusap muka setelah berdoa)kecuali orang yang bodoh.(Irwaa-ul Ghalil)

Imam Nawawi berkata: Tidak ada sunnahnya mengusap muka.

Adab Berdoa dan Sebab Terkabulnya Doa



Setiap orang pasti memerlukan doa,baik untuk menolak sesuatu yang tidak disukai,ataupun mendatangkan sesuatu yang disenangi.

Pada hakikatnya doa itu tergantung kepada bacaan doa itu sendiri,kesungguhan,serta keikhlasan orang yang mengucapkan juga tidak adanya penghalang yang menyebabkan doa itu tertolak.

Sebuah doa akan dikabulkan apabila dilakukan dengan taturcara yang benar, di waktu-waktu yang tepat,dan tentu saja apabila bersumber dari Al-Quran dan Sunnah.

 Adab dan Sebab Terkabulnya Doa

 Diantara adab berdoa dan beberapa faktor penyebab dikabulkan doa adalah sebagai berikut:

 1.Ikhlas kerana Allah swt. Seperti firman Allah:

فَادْعُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan kamu yang demikian). (Surah Mukmin ayat 40)

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَ‌ٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.(Surah Al-Bayyinah ayat 5)

 2. Mengawalinya dengan pujian dan sanjungan  kepada Allah swt ,lalu diikuti dengan bacaan salawat atas Rasulullah dan diakhiri dengan hal yang sama.

 3.Bersungguh-sungguh dalam memanjatkan doa.serta yakin akan dikabulkan.

 4.Mendesak dengan penuh kerendahan dalam berdoa dan tidak terburu-buru.

 5.Menghadirkan hati dalam doa.

 6.Memanjatkan doa baikdalam keadaan lapang mahupun susah.

 7. Tidak boleh berdoa dan memohon sesuatu kecuali hanya kepada Allah semata.

 8.Tidak mendoakan keburukan kepada keluarga,harta,anak dan diri sendiri.

 9.Merendahkan suara ketika berdoa iaitu antara samar dan keras.

ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.(Surah Al-A’raf ayat 55)

 

وَاذْكُر رَّبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ الْغَافِلِينَ

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya) dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.(Surah Al-A’raf ayat 205)

10.Mengakui dosa yang telah diperbuat ,lalumemohon ampunan atasnya ,serta mengakui nikmat yang telah diterima dan bersyukur kepada Allah swt atas nikmat tersebut.

11.Tidak membebani diri dengan membuat sajak dalam berdoa.

12.Tadharru'(merendahkan diri),khusyuk raghbah(berharap untuk dikabulkan) dan rahbah(rasa takut tidak dikabulkan).

فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَوَهَبْنَا لَهُ يَحْيَىٰ وَأَصْلَحْنَا لَهُ زَوْجَهُ ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا ۖ وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ

Maka Kami perkenankan doanya dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.”(Surah Al-Anbiya ayat 90)

13.Mengembalikan(hak orang lain)yang dizalimi disertai dengan taubat.

14.Memanjatkan doa tiga kali.

15.Menghadap kiblat.

16.Mengangkat kedua tangan ketika berdoa.

17.Jika mungkin,berwuduk sebelum berdoa.

18.Bertawassul kepada Allah dengan Nama Allah dgn Asma ul Husnadan sifat-sifat-Nya yang Mahatinggi,atau dengan amal salih yang pernah dikerjakan sendiri atau dengan doa seorang salih yang masih hidup dan berada dihadapannya.

19.Makanan dan minuman serta pakaian dari sumber yang halal.

20.Tidak berdoa untuk suatu dosa atau memutuskan silaturrahmi.

21.Menjauhi segala bentuk kemaksiatan.

22.Harus menegakkan amar makruf nahi mungkar(menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran).

23.Hendaklah orang berdoa memulai dengan mendoakan diri sendiri,jika dia hendak mendoakan orang lain.

Dipetik dari buku Doa dan Wirid tulisan Yazid b Abdul Qadir Jawas.

Janji



Tarikh Keramat itu

Mengikat sebuah Janji

Walau tak pernah bertemu

Walau tak pernah mengenali

 

Kerana yakinkan agamaku

Kau melangkah datang

Kerana yakinkan agamamu

Janji ini kuserahkan

 

Ku tertunduk malu-maluan

Kau kutersipu dalam senyuman

Dua keluarga duduk berhadapan

Merancang sebuah penyusunan

 

Hari-hari pertunangan melewati

Bmi kenyalang kau redahi

Bumi Damsyiq kujejaki,

Memburu Ilmu demi redha Ilahi

 

Terpisah jauh dua hati

Lautan dan benua merentangi

Tak ternodadek ikatan dek murka Ilahi

Mempertahankan kesucian hakiki

 

Masa terus memintas kita

Kau berjuang didunia kerjaya

Diriku berjuan dimedan sarjana

Sama bernaung di ibu kota

Namun syariat tetap terpelihara

 

Ya Allah…

Kuatkan kami bermujahadah

Mendamba cinta-Mu yang Terindah

Cinta manusia hanyalah wasilah

Menagih rahmat dan Maghfirah

 

Ya Allah..

Jangan biarkan katan kami dicemari

Dengan maksiat nan keji

Permudahkanlah urusan kami

Memeterai sebuah janji

 

Sajak khusus Fatimah Syarha dikarang untuk suaminya pada tahun 2006.

Diadaptasi dari buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul.



Susur Jalur Ujian Pertunangan



Pertunangan adalah salah satu fasa yang akan kita alami sebelum menuju ikatan pernikahan. Seperti yang kita tahu dan sering dengar, pertunangan adalah fasa penuh dugaan,dan jalan yang dilalui amatlah berat.Sangat-sangat menguji kesabaran,menguji keimanan dan menguji bagaimana tawakalnya kita kepada Allah swt di atas setiap perencanaan-Nya.

 Firman Allah.

“ … sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)” (Surah At-Talaq)

 Jerat pertunangan bukan ringan.Syaitan akan mula memainkan peranan samada menggalakkan pasangan untuk lebih bermesra atau memutuskan harapan kaum adam untuk bersatu melalui pernikahan. Syaitan akan menangis dan sedaya upaya cuba menghalang pasangan yang mempunyai niat untuk menikah.Ditimbulkannya niat yang remeh temeh agar pernikahan itu tertangguh-tangguh.

 Zina hati akan timbul, dan zina hati inilah permulaan kepada zina yang terbesar yakni zina kemaluan(Nauzubillah).

 Dari Abi Hurairah Radiyallahu ‘anhu dari Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam. bahwa Beliau bersabda: “Telah ditulis atas anak adam nasibnya (bagiannya) dari zina, maka dia pasti menemuinya, zina kedua matanya adalah memandang, zina kakinya adalah melangkah, zina hatinya adalah berharap dan berangan-angan, dan dibenarkan yang demikian oleh farjinya atau didustakan,” (H.R. Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Nasa’i).

 MasyaAllah,inilah mujahadah iman yang terbesar. Inilah mujahadah keutuhan hati atas syariatnya. Hati yang lemah iman mudah terpedaya dengan ikatan pertunangan. Diujinya perasaan cinta dan sayang yang kita sematkan hanya untuk yang sah.

 Perasaan datang berbaur-baur.Ada yang seperti tiada apa-apa kerana tidak pernah mengenal,ada yang seronok kerana ada peluang bertambah kenal,malah ada yang terlajak lebih.

Cemburu akan timbul samada pihak lelaki atau pihak perempuan.

 Seboleh-bolehnya kita sebagai manusia yang cuba memahami agama ingin mengelakkan ikatan pertunangan apatah lagi diikat dalam tempoh yang lama.Sudah pelbagai cara dilakukan agar dipercepat nikah,tetapi Allah swt telah menetapkan segalanya.

 Kerana Dia Lebih Mengetahui. Segala-galanya.

 "Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah."(Surah Al-Hadid ayat 22)

 Apabila sudah tiada upaya,hanya kekuatan iman dan diri yang mampu bersuara. Menghadapi fitnah-fitnah hati,fitnah-fitnah orang dan menguji keteguhan niat untuk menikah.

 Apa yang mampu kita lakukan hanyalah mempositifkan diri dan mempersiap menghadapi apa yang bakal berlaku. Ambillah sisi penting atas ikatan pertunangan,mungkin untuk bertaaruf lebih dengan pasangan serta keluarga pasangan.Mereka adalah keluarga baru, malah mungkin menjadi mad’u baru.Namun janganlah terlajak,Berwaspadalah.

 Ini juga adalah persiapan menerima risiko hidup bersama mentua,dan juga saudara mara mereka.

 Dan kita yang menghadapi fasa pertunangan,kutiplah ilmu rumah tangga sebanyak-banyaknya.Ilmu komunikasi,ilmu pengurusan ekonomi,ilmu menghadapi karenah anak-anak dan ilmu dalam berkonflik sesama sendiri.Malah kita akan hidup dengan seseorang yang kita tidak pernah kenali,jika berjumpa pun hanya pada taaruf dan bertunang.

Sehingga sudah tidak diingati lagi apakah rupa bakal suami...

 Untuk bakal suami,carilah ilmu tentang menjaga rumahtangga,tentang haid, tentang mengandung,tentang susu,dan sehinggalah ke lampin.Kerana si isteri sangat-sangat menghargai keterlibatan seorang suami dalam menguruskan rumah tangga.

 Untuk bakal isteri…

Kita akan bersama sosok tubuh yang boleh membawa kita ke syurga.Mari kita bina syurga dunia dengan ketaatan kita dan mempersiapkan diri selayaknya bidadari. Perhatikan rambutmu,biarkan ia panjang kerana suami sangat menyukainya.

 Tambahlah kemahiran dalam memasak,menjahit dan mengemas.

 Pilihlah pakaian yang paling baik,yang paling cantik dan paling seksi. Lakukan segalanya demi suamimu.

 Melewati fasa pertunangan hanya dengan iman. Iman hanya didapati dengan ilmu. Maka mari mencari ilmu dan bina takwa dalam perhubungan pertunangan.Ranjau dan onak duri dalam pertunangan hanya secebis dari ujian besar yang akan dihadapi selepas nikah.

 Perbanyakkanlah solat taubat,perbanyaklah istighfar. Pertunangan yang barokah itu menyumbang kepada pernikahan yang barokah. Jika nikah kita adalah kerana Allah swt,rentasilah fasa ini dengan kesabaran.Kerana disitulah kunci keredhaan.

  © Blogger template 'Soft' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP