Selasa, 30 September 2008

Membahagiakan Diri dengan Menjadikan Allah sebagai Inspirasi

www.syaukahkarimah.blogspot.com

Mungkin mudah untuk berkata,tapi ia adalah sentuhan yang membetulkan perpepsi dalam mencari sandaran kehidupan. Allah,,Pencipta dan Pengatur segalanya. Jiwa selalu meracau,hati tersepit dengan urusan yang memeningkan, kerutan penuh di muka sedangkan umur masih lagi belia.

Apabila dtemui jalan kebuntuan dan kegagalan,putus asa datang menerpa.Runtuhlah segala impian yang dibina. Kerja jadi sekerat jalan. Rasa seperti diri tidak berguna dan tidak mampu berbuat apa-apa.Dipandang kiri,dipandang kanan. Semua sedang mengejar sesuatu tetapi diri sendiri pula membatu diri.Entah menunggu apa.

Inilah kejahilan,inilah keterlupaan. Lupa bahawa segalanya dalah di bawah tuntunan garis takdir Yang Esa. Setiap inci apa pun yang berlaku atas muka bumi ini sudah lama tercatat di Lauh Magfuz.Ia adalah ketetapan yang lahir dari Yang Maha Mengetahui.Mengetahui lebih dari segala-segalanya kerana Dia adalah Perancang.

Terkadang diri silap meletakkan sandaran.Makhluk dijadikan rujukan utama seolah-olah dia berkuasa menentukan segalanya sedangkan hakikat sbenar dia pun sama seperti kita. Dia tidak mampu berbuat sezarah perubahan pun jika tidak mendapat keizinan dari Yang Berhak. Yang Memuliakan adalah Allah,maka Yang Menghinakan tetap jua Allah. Tak mungkin berubah.

Sesungguhnya Allah itu sangat Pemurah.Tidak dibiarkan kita terus tenggelam dalam aroma yang seakan indah. Digerakkan hati untuk bangun lalu menapak selangkah demi selangkah. Lembaran helaian suci penuh dengan janji untuk mereka yang ingin mencari. Kejarlah itu. Inilah motivasi terhebat.

Allah SWT,dia adalah sandaran terbaik. Pencetus inspirasi hati dalam menanggung segala pejalanan kehidupan yang fana. Langkah tidak boleh dihentikan walau seketika kerana banyak yang akan hilang dan tertinggal. Oh..kebahagiaan itu adalah milik tuhan.

Bila hati dekat, bermujahadah untuk dekat padaNya,bahagia itu hadir sendiri. Hadir dari Pemilik Abadi. Inilah yang hakiki. Ujian ini masih kecil dan sangat kecil. Bahagia abadi itu akan datang dengan iringan ujian besar. Persiapkanlah diri untuk menerima,seperti Saidina Ali yang kebimbangan tiada ujian pada dirinya. Ujian itu sebenarnya indah.

Dekatkan hati dengan Allah,itulah jalannya.

29 Ramadhan 1429HIjrah

1:23 pagi


Jumaat, 26 September 2008

Hambatan Dunia Yang Menyesakkan

Entah apa cara sebenar mengurusi kehidupan. Kerana hidup ini bukan sekadar perjalanan tapi apa yang dikutip untuk menjadi bekalan. Bekalan ini diharap bisa menampung kehidupan di sana yang lebih abadi dan hakiki. Bagaimana ingin difahami kaedah sebenar? Bagaimana ingin dijadikan setiap urusan dikembalikan dengan penilaian Allah Taala lalu membuahkan hasil yang bernama Redha? Dunia adalah ladang akhirat. Ungkapan mudah,tetapi menempuh sejuta kepahitan untuk memahami apatah lagi merealisasikannya. Bagaimana ingin dikatakan berbuat urusan itu kerana Allah jika yang lebih terutama dan wajib diabaikan? Solat yang kelam kabut,tanpa penghayatan dan khusyuk, terkadang tidak sempat menatap ayat-ayat Allah,keletihan yang berpanjangan lalu ketinggalan segalanya..
Argh…urusan dunia ini sangat melelahkan. Walaupun ia ditakrifkan atas nama ‘study’ tapi tiada apa-apa nilai dirasa kerana hanya menambah kekosongan jiwa. Lari dari tuntutan sebenar dalam menjalankan tugas khalifah. Menjauhkan dari kebenaran,mengundang sengsara di jiwa. Seringkali hati berasa tersalah kerana tidak mampu menggapai keduanya. Terkadang jiwa ini tewas, terasa ingin menyerah kalah. Terasa ingin lari tapi tidak tahu entah ke mana.
Hati memberontak dengan melahirkan kebencian atas beberapa urusan. Kelas ditinggalkan,kerja diabaikan sedangkan itu adalah amanah yang patut diselesaikan. Jiwa ini lemah,sangat lemah. Setiap hari digagahkan hati mengumpul kekuatan tapi sukar digapai. Hijab diri ini dengan kebenaran Allah masih tebal. Dosa yang meliputi, kekotoran yang mewarnai fikiran sukar dikikis. Ingin disucikan jiwa dengan sebenar-benarnya.
Jika hambatan dunia ini bisa menghulur jalan pada Ilahi, tiada kata yang dapat menggambarkan kegembiraan hati. Tapi hambatan ini semakin memesongkan diri.
Hati ingin bersujud,ingin memohon keampunanNya..
Tunjukkan jalan kebenaran,berikan kekuatan.
Ya Allah,Engkaulah Penentu Segalanya.
2:30 pagi
27 Ramadhan 1429 Hijrah

Sabtu, 20 September 2008

Jika Benar Cinta



Jika benar cinta,datangilah dengan cara halal
JIka benar perasaan itu datang,iringilah ia di jalan keredhaaan. Ini Cuma jalanan titian kehidupan. Jangan sesekali dicemar. Perasaan itu suci,fitrah dan mampu membawa ke jalan keredhaan. Kasih sayang adalah bukti kekuasaan Allah. Dilampirkan kasih sayang agar dapat singgah di hati yang bersih lalu mewariskan ketaatan yang tiada tara. Kasih sayang adalah turunan asma Allah.
Jika tidak ingin menanggung risiko,janganlah dimulakan. Janganlah memaniskan mulut dengan seribu janji manis. Kerana perempuan itu sensitive,hatinya halus, dan lemah. Mengharap bimbingan dari kaum pemimpin. Ditunjukkan jalan lantaran emosi yang lebih menguasai. Mereka lemah,tidak mampu berbuat apa-apa jika ada yang cuba menodai,hanya mampu mengharap pelindung dengan hadirnya rijal.Rijal halal,bukan rijal yang mengundang kebahayaan. Bukan rijal yang menghiasi kalimah agama di bibir semata tetapi rijal yang mampu menuntun jiwa halus ini dan bersama mengharung titian kehidupan yang penuh tipu noda. Kerana dengan keluhuran jiwa sang rijal ini, akan mampulah lahir warisan baru.Warisan yang mencintai kebenaran.
Jangan dicemari wanita mukminah. Sekalipun dia bertudung litup, cuba seteguh mungkin menjaga diri dalam kancah pergaulan,dia tetap perempuan. Perempuan yang mempunyai hati,berhak untuk sayang dan menyayangi. Dan adalah satu kepayahan bagi seseorang mukminah itu untuk menentang fitrahnya yang sudah mula melampirkan kenyataan.
Wahai para mukmin, selamatkan para wanita mukminah. Jangan dicemari mereka. Jangan meletak janji jika tidak ingin menepati. Jangan menabur harapan jika lemah untuk menghadapi. Jangan diremukkan lagi hati mereka yang setia menanti bertahun-tahun.Ingatlah pesanan Rasulullah agar tidak menindas kaum yang lemah ini. Jangan mudah benar menuding seribu kesalahan kepada yang tidak berdaya. Kesetiaan mereka hanya Allah yang mampu mentafsir.
Ingat lah ibumu yang juga perempuan,kakakmu,adikmu..Bayangkan jika mereka ditimpa perkara yang sama. Wahai mukmin, tunjukkan kepahlawanan mu dengan teguh mempertegak kebenaran dan melawan kebatilan. Jika perkara sekecil ini engkau mudah menyerah,bagaimana engkau mahu menegakkan daulah?
Jika benar rijal itu luhur,Allah lah sandaran jiwanya. Bukan keindahan dunia yang memperdaya.
16ramadhan 1429hijrah
6:50 pagi

Ramadhan Pergi Lagi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

19 Ramadhan 1429H
3:36 pagi
19 September 08

Rasa seperti tidak cukup melalui Ramadhan. Kerana ramadhan ini mengajar erti segalanya. Ramadhan yang membawa sinar kebahagiaan untuk terus taat kepada yang Ilahi. Ramadhan yang menuntun jiwa yang dhaif dan banyak melakukan kekhilafan kea rah erti taubat sebenar. Terasa seperti tidak cukup rahmat ini. Banyap yang perlu dibaiki,banyak yang perlu diubah. Ingin dimulakan hijrah tetapi seakan tidak mampu. Kerinduan yang mendalam pada ilmu agama di pondok mencetus di jiwa. Entah mengapa,terasa ingin memeluk kuat segala kitab-kitab yang disampai dari hati mereka yang diwarnai keiklasan dan tawadhuk. Seolah-olah fitrah hati yang tercari-cari kebenaran selama ini menampakkan sinarnya. Sentiasa teringat-ingat dan terbayang di ruang fikiran suara imam solat para ustaz,kata-kata nasihat yang terngiang-ngiang di telinga dan lantunan zikir yang menumbuhkan ketenangan tiada tara. Jiwa –jiwa yang keras seperti batu melebur laju. Ingin dilepas laju deraian air mata yang sentiasa tertahan kerana ego diri dan nafsu yang jahat ini. Tidak ingin nilai taqarrabatullah ini lari. Ia sudah menyentuh hati walaupun hanya sedikit. Ingin bermujahadah lagi.Ingin ditetapkan hati di atas hidayahnya. Ingin dikuatkan hati atas segala halangan yang bakal menimpa. Ingin dibutakan mata dan hati terhadap fitnah mereka yang tidak memahami. Ramadhan ini akan pergi. Terasa ingin dihentikan detik dan ketika lalu diberi masa untuk bersujud menyembahnya. Ingin memohon keampunan..memohon keampunan. Al-Quran yang mula kurang dibaca kerana urusan dunia. Moga diluruskan niat. Susahnya ingin mencari bekalan yang benar-benar baik untuk dibawa. Ya Allah..pohon untuk diluruskan niat kepada hamba ini. Moga dilimpahkan kesabaran dan kekuatan. Bantulah aku untuk terus,sujud dan menyembah dengan sebenar-benar taat. Ya Allah..ingin ku dekat denganMu mengharungi segala penipuan ini. Hulurkan aku kebenaran yang sejati kerana aku insan lemah..

  © Blogger template 'Soft' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP