Sabtu, 20 September 2008

Jika Benar Cinta



Jika benar cinta,datangilah dengan cara halal
JIka benar perasaan itu datang,iringilah ia di jalan keredhaaan. Ini Cuma jalanan titian kehidupan. Jangan sesekali dicemar. Perasaan itu suci,fitrah dan mampu membawa ke jalan keredhaan. Kasih sayang adalah bukti kekuasaan Allah. Dilampirkan kasih sayang agar dapat singgah di hati yang bersih lalu mewariskan ketaatan yang tiada tara. Kasih sayang adalah turunan asma Allah.
Jika tidak ingin menanggung risiko,janganlah dimulakan. Janganlah memaniskan mulut dengan seribu janji manis. Kerana perempuan itu sensitive,hatinya halus, dan lemah. Mengharap bimbingan dari kaum pemimpin. Ditunjukkan jalan lantaran emosi yang lebih menguasai. Mereka lemah,tidak mampu berbuat apa-apa jika ada yang cuba menodai,hanya mampu mengharap pelindung dengan hadirnya rijal.Rijal halal,bukan rijal yang mengundang kebahayaan. Bukan rijal yang menghiasi kalimah agama di bibir semata tetapi rijal yang mampu menuntun jiwa halus ini dan bersama mengharung titian kehidupan yang penuh tipu noda. Kerana dengan keluhuran jiwa sang rijal ini, akan mampulah lahir warisan baru.Warisan yang mencintai kebenaran.
Jangan dicemari wanita mukminah. Sekalipun dia bertudung litup, cuba seteguh mungkin menjaga diri dalam kancah pergaulan,dia tetap perempuan. Perempuan yang mempunyai hati,berhak untuk sayang dan menyayangi. Dan adalah satu kepayahan bagi seseorang mukminah itu untuk menentang fitrahnya yang sudah mula melampirkan kenyataan.
Wahai para mukmin, selamatkan para wanita mukminah. Jangan dicemari mereka. Jangan meletak janji jika tidak ingin menepati. Jangan menabur harapan jika lemah untuk menghadapi. Jangan diremukkan lagi hati mereka yang setia menanti bertahun-tahun.Ingatlah pesanan Rasulullah agar tidak menindas kaum yang lemah ini. Jangan mudah benar menuding seribu kesalahan kepada yang tidak berdaya. Kesetiaan mereka hanya Allah yang mampu mentafsir.
Ingat lah ibumu yang juga perempuan,kakakmu,adikmu..Bayangkan jika mereka ditimpa perkara yang sama. Wahai mukmin, tunjukkan kepahlawanan mu dengan teguh mempertegak kebenaran dan melawan kebatilan. Jika perkara sekecil ini engkau mudah menyerah,bagaimana engkau mahu menegakkan daulah?
Jika benar rijal itu luhur,Allah lah sandaran jiwanya. Bukan keindahan dunia yang memperdaya.
16ramadhan 1429hijrah
6:50 pagi

Ramadhan Pergi Lagi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

19 Ramadhan 1429H
3:36 pagi
19 September 08

Rasa seperti tidak cukup melalui Ramadhan. Kerana ramadhan ini mengajar erti segalanya. Ramadhan yang membawa sinar kebahagiaan untuk terus taat kepada yang Ilahi. Ramadhan yang menuntun jiwa yang dhaif dan banyak melakukan kekhilafan kea rah erti taubat sebenar. Terasa seperti tidak cukup rahmat ini. Banyap yang perlu dibaiki,banyak yang perlu diubah. Ingin dimulakan hijrah tetapi seakan tidak mampu. Kerinduan yang mendalam pada ilmu agama di pondok mencetus di jiwa. Entah mengapa,terasa ingin memeluk kuat segala kitab-kitab yang disampai dari hati mereka yang diwarnai keiklasan dan tawadhuk. Seolah-olah fitrah hati yang tercari-cari kebenaran selama ini menampakkan sinarnya. Sentiasa teringat-ingat dan terbayang di ruang fikiran suara imam solat para ustaz,kata-kata nasihat yang terngiang-ngiang di telinga dan lantunan zikir yang menumbuhkan ketenangan tiada tara. Jiwa –jiwa yang keras seperti batu melebur laju. Ingin dilepas laju deraian air mata yang sentiasa tertahan kerana ego diri dan nafsu yang jahat ini. Tidak ingin nilai taqarrabatullah ini lari. Ia sudah menyentuh hati walaupun hanya sedikit. Ingin bermujahadah lagi.Ingin ditetapkan hati di atas hidayahnya. Ingin dikuatkan hati atas segala halangan yang bakal menimpa. Ingin dibutakan mata dan hati terhadap fitnah mereka yang tidak memahami. Ramadhan ini akan pergi. Terasa ingin dihentikan detik dan ketika lalu diberi masa untuk bersujud menyembahnya. Ingin memohon keampunan..memohon keampunan. Al-Quran yang mula kurang dibaca kerana urusan dunia. Moga diluruskan niat. Susahnya ingin mencari bekalan yang benar-benar baik untuk dibawa. Ya Allah..pohon untuk diluruskan niat kepada hamba ini. Moga dilimpahkan kesabaran dan kekuatan. Bantulah aku untuk terus,sujud dan menyembah dengan sebenar-benar taat. Ya Allah..ingin ku dekat denganMu mengharungi segala penipuan ini. Hulurkan aku kebenaran yang sejati kerana aku insan lemah..

  © Blogger template 'Soft' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP