Khamis, 6 November 2008

Dimana Kita Sandarkan Ketaatan Mutlak Itu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

www.syaukahkarimah.blogspot.com

Telah merasakan kelazatan iman bagi barang siapa yang redha Allah sebagai Tuhannya,Islam sebagai cara hidup(agama) dan Muhammad sebagai Rasulnya.

Ambil masa seketika dari kesibukan duniawi ini dan renungkan sebentar.Lapangkan fikiran dan perbaharui kalimah syahadah yang mungkin terbatal tanpa sedar.Ambil masa untuk kita renung keberadaan diri kita sebagai hamba Allah SWT dan khalifah di atas muka bumi. Tanggungjawab untuk mengurusinya bukan mudah tetapi berat. Namun yang berat ini diberikan panduan dari Allah dengan hadirnya Rasulullah dan kalamullah. Bukan hanya sebagai panduan semata tetapi ikutan yang melibatkan seratus peratus penghayatan.

Jangan menilai kejayaan diri itu dengan tingginya gelaran atau pangkat yang kita sandang, dengan berjayanya kita menggulung ijazah atau master kerana itu secara mutlaknya ia tidak bernilai apa-apa.Ia hanya sebuah usaha tetapi bukan keputusan. Jangan disempitkan fikiran dengan melihatnya pada satu jalan.

Kebaikan bukan dimulai dengan ketaatan kepada manusia tetapi dengan penyerahan hidup dan diri atas syariat Allah Taala. Yang perlu ditelusuri dan diperbaiki adalah ketaatan kepada Yang Berhak. Seringkali kita menyalahtafsirkan ketaatan kita. Menyalahtafsirkan tempatnya berada keredhaan itu. Keredhaan Allah Taala tidak terpenuhi sepenuhnya dengan mengaggap ia terletak pada manusia.Tidak sama sekali. Kerana keredhaan bermula dari keimanan tetapi keimanan itu tidaklah tertancap dalam hati semua insan.

Jangan takut untuk berhadapan dengan amarahnya manusia jika benar-benar perkara itu dijalan Allah. Jangan terhiris dengan kritikan tetapi teruslah berbuat. Teruslah mencari nilai hakiki. Dunia ini milik Allah.Dialah yang menentukan segalanya.Kemuliaan dan kehinaan kita terletak padaNya. Jangan terpedaya dengan pujian dan sanjungan kera ia bisa menjerumus kepada yang hina.

Semakin hari semakin galak kita mengejar impian dan harapan,tetapi jangan lupa untuk tanya diri kemanakah impian dan harapan itu bisa membawa kepada kesejahteraan kita yang abadi. Kerana perjuangan ini bukan disini tetapi perlu dibawa ke negeri akhirat abadi.

Ketaatan sebenar itu akan memacu kita untuk berani mempertegak kebenaran,tegas melakukan tindakan,tiada kompromo tetapi sentiasa berfikir akan apa nilaian Tuhan. Segala akibat di akhirat nanti akan ditanggung oleh kita sendiri. Maka jika jumpa kebenaran,beranilah untuk mendedahkannya.

Kita hidup kerana Allah dan mencari redha Allah.

  © Blogger template 'Soft' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP