Khamis, 23 Oktober 2008

JIka Ibu Bapa Tahu...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ana adalah seorang anak dan ini adalah luahan jiwa seorang anak. Namun dalam menuturkan kata luahan yang sekian lama terpendam perlu dilaksanakan berhati-hati. Tersilap bahasa mungkin boleh disalah tafsir. Ini melibatkan sentuhan jiwa dua insan yang disisinya termahkota redha Allah.

Entah bagaimana untuk menceritakan segalanya. Ingin dikumpul ibu-ibu,bapa-bapa menjelaskan keadaan keserabutan yang wujud pada anak-anak. Ingin diberitahu bahawa anak-anak mengalami konflik dalaman yang tidak mudah dan kadang-kadang melibatkan akidah.

Terkadang sedih rasa yang tiada tara membayangkan penipuan-penipuan yang sedang dialami oleh ibu bapa.

Jumaat, 17 Oktober 2008

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Benarlah,semakin mencari yang hakiki kita akan kenal yang bersifat sementara. Semakin cuba ditelusuri nilai ukhrawi semakin kenallah tipu daya duniawi. Allah itu Maha Adil. Sedikit kesilapan dan kekhilafan yang berlaku,bertimpa-timpa ujian diberinya. Terkadang rasa tidak mampu,lemah menanggung rasa yang mencengkam jiwa.

Allah itu Maha Memuliakan,Maha Menghinakan. Semakin ingin diikut syariat,tinggi lagi tahapan ujiannya. Benarlah,tiada manusia yang boleh dipercaya melainkan Rasulullah jua sehingga Al-Amin tertancap gelarannya.

Manusia mudah benar menggunakan agama sebagai membenarkan tindakannya. Tiada peduli akan hak dan fitrah manusia. Dengan merasakan diri yang terbaik,mudah benar melemparkan prasangka. Syariat Allah,ukhwah. Itulah alasannya.

Mujur juga Allah SWT memberi kekuatan. Sudah tertulis di Lauh Mahfuz bahawa apa-apa jua bencana yang menimpa sudah tertulis sejak di Lauh Mahfuz lagi. Itulah keindahan hidup yang berpaksikan kalimah Lailahailallah.

Manusia bebas berbuat apa sahaja tetapi diri ini akan terus berjuang dan bergerak. Kerana dunia ini milik Allah SWT,bukan mereka yang melabel diri taat beragama. Tiada dendam tersisa, mungkin kejutan jiwa yang seketika. Tidak ingin nilai redha di sisi Allah itu pergi.

Ia adalah hanya secebis dari seluruh perjalanan kehidupan. Moga warna dan coraknya selepas ini lebih indah walau disimbah minyak dan air oleh mereka yang berjiwa hambar. Inilah yang mengajar erti keikhlasan,inilah yang mengajar erti ketelusan dan kehambaan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, ana seorang muslimah.

  © Blogger template 'Soft' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP