Jumaat, 9 Januari 2009

Kepincangan Yang Memperdaya


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

www.syaukahkarimah.blogspot.com

Memulakan penulisan ini dengan kalimah yang mengundang seribu makna. Inilah asal niatnya. Agar apa sahaja yang dilakukan atas bumi ini memberi makna. Tetapi makna apakah yang diselami semua manusia atas kehidupan ini? Kehidupan dunia yang dikejar-kejar, dikorbankan seluruh jiwa dan raga kerana atas desakan. ‘Aku nak hidup!.

Ungkapan yang menggerakkan segala otot-otot manusia bekerja,merentas nilai masa dan moral kerana tujuan yang satu ini. Tetapi manusia selalu lupa,atau sengaja melupakan dirinya bahawa kepenatan dan kelelahan perjuangan ini entah membawa hasil yang bagaimana pada penghujung dirinya.Akhirat.

Inilah matlamat kehidupan yang dilupakan. Manusia sekarang benar-benar terpedaya,dipermain dan terkontang kanting atas urusan dunia. Dunia itu ladang akhirat. Hujah ditegakkan. Ya,tiada sesiapa yang boleh nafikannya kerana itulah yang disampaikan melalui kalam Yang Esa. Tetapi sebelum bijak berkata-kata selidikilah diri itu apa benar kita memahaminya? Kalimah tauhid pun belum tentu kita fahami,jangan berani untuk menegakkan isi dalamnya. Cuba lah ditanya pada mahasiswa dan mahasisiwi universiti,apa itu kalimah tauhid? Terkontang kanting dicari jawapannya. Ini adalah realiti yang tidak mendapat perhatian dan tidak dipedulikan.

Anak tidak solat, tidak pandai mengaji Al-Quran, tidak menutup aurat mengikut syariat, bergaul bebas,tidak apa. Yang itu adalah hal kedua,hal utama adalah ijazah. Kena belajar,tumpu belajar,jangan fikir benda lain, tidak perlu susahkan diri dengan kerja islami, tidak perlu memahami dakwah,tidak perlu memahami apa itu sunnah, itu hal kemudian. Yang penting, score pointer.

Kerana sekarang zaman duit. Pointer tinggi penting untuk dapat kerja. Salah ke untuk bekerja keras demi pointer? Tidak.Tidak sesekali salah. Yang salahnya,kerana mengejar pointer dunia,urusan agama yang memberi pointer akhirat dilupakan.

Berapa ramai yang sanggup luangkan masa untuk hadiri program agama? Berapa ramai yang ambil kesempatan menggunakan sedikit duit ptptn untuk membeli buku agama?Berapa ramai yang ambil masa untuk datang kelas agama? Di university tiada kelas agama. Inilah alasan yang selalu disuarakan.

Nak seribu daya,tak nak seribu dalih.

0 ulasan:

  © Blogger template 'Soft' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP