Sabtu, 20 September 2008

Ramadhan Pergi Lagi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

19 Ramadhan 1429H
3:36 pagi
19 September 08

Rasa seperti tidak cukup melalui Ramadhan. Kerana ramadhan ini mengajar erti segalanya. Ramadhan yang membawa sinar kebahagiaan untuk terus taat kepada yang Ilahi. Ramadhan yang menuntun jiwa yang dhaif dan banyak melakukan kekhilafan kea rah erti taubat sebenar. Terasa seperti tidak cukup rahmat ini. Banyap yang perlu dibaiki,banyak yang perlu diubah. Ingin dimulakan hijrah tetapi seakan tidak mampu. Kerinduan yang mendalam pada ilmu agama di pondok mencetus di jiwa. Entah mengapa,terasa ingin memeluk kuat segala kitab-kitab yang disampai dari hati mereka yang diwarnai keiklasan dan tawadhuk. Seolah-olah fitrah hati yang tercari-cari kebenaran selama ini menampakkan sinarnya. Sentiasa teringat-ingat dan terbayang di ruang fikiran suara imam solat para ustaz,kata-kata nasihat yang terngiang-ngiang di telinga dan lantunan zikir yang menumbuhkan ketenangan tiada tara. Jiwa –jiwa yang keras seperti batu melebur laju. Ingin dilepas laju deraian air mata yang sentiasa tertahan kerana ego diri dan nafsu yang jahat ini. Tidak ingin nilai taqarrabatullah ini lari. Ia sudah menyentuh hati walaupun hanya sedikit. Ingin bermujahadah lagi.Ingin ditetapkan hati di atas hidayahnya. Ingin dikuatkan hati atas segala halangan yang bakal menimpa. Ingin dibutakan mata dan hati terhadap fitnah mereka yang tidak memahami. Ramadhan ini akan pergi. Terasa ingin dihentikan detik dan ketika lalu diberi masa untuk bersujud menyembahnya. Ingin memohon keampunan..memohon keampunan. Al-Quran yang mula kurang dibaca kerana urusan dunia. Moga diluruskan niat. Susahnya ingin mencari bekalan yang benar-benar baik untuk dibawa. Ya Allah..pohon untuk diluruskan niat kepada hamba ini. Moga dilimpahkan kesabaran dan kekuatan. Bantulah aku untuk terus,sujud dan menyembah dengan sebenar-benar taat. Ya Allah..ingin ku dekat denganMu mengharungi segala penipuan ini. Hulurkan aku kebenaran yang sejati kerana aku insan lemah..

0 ulasan:

  © Blogger template 'Soft' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP